Barang Kemas

Saturday, March 26, 2011

NT2018 - Minuman Campuran Ekstrak Buah-buahan Dan Sayur-sayuran

NT2018 - Minuman Campuran Ekstrak Buah-buahan Dan Sayur-sayuran ISO.7
Pakar antioksidan untuk "Lindung-Pulih" kesihatan anda!

Radikal bebas menyerang kita dari pelbagai sumber, setiap hari. Ketika kita masih muda, tubuh memiliki mekanisme pembaikan dan pembaharuan menyeluruh yang bertindak bagi memastikan fungsian sel dan organ pada tahap optimum, maka kesan radikal bebas adalah agak sedikit secara relatif. Apabila kita semakin tua, kesan kerosakan radikal bebas akan semakin terkumpul. ISO.7 adalah campuran sinergi ekstrak pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang dipilih khas kerana keberkesanannya menentang kesan radikal bebas. Ia adalah produk khusus yang bertujuan melindungi dan memulihkan sistem tubuh. Satu sachet ISO.7 membekalkan kira-kira 3,500 mole TE/g antioksidan, atau nilai ORAC. Campuran ekstrak ini membekalkan fitokimia berkuasa seperti antosianin, proantosianidin, monomer katekin, dan polifenol

apakah ORAC?

Ukuran kuasa antioksidan untuk meneutralkan kerosakan radikal bebas pada tahap sel dikenali sebagai nilai Kapasiti Penyerapan Radikal Oksigen (Oxygen Radical Absorbance Capacity) atau nilai ORAC. Lebih tinggi nilai ORAC sesuatu produk, maka lebih tinggilah kuasa antioksidannya. Kajian oleh Pusat Nutrisi Manusia di Universiti Turfs, Amerika Syarikat, mendapati nilai ORAC sekurang- kurangnya 5000 sehari diperlukan bagi mencegah penyakit berkaitan umur tertentu. Malangnya, pengambilan harian seperti yang disyorkan oleh pengamal kesihatan iaitu sebanyak 5-8 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran hanya dapat membekalkan antioksidan dengan nilai ORAC sebanyak 2000-3000 unit sahaja. Oleh sebab itulah, adalah logik untuk menyarankan pengguna mengambil makanan yang tinggi nilai ORAC demi menguatkan sistem pertahanan tubuh terhadap serangan radikal bebas.
Mekanisme Lindung-Pulih ISO.7


  • Mengurangkan stres-pengoksidaan dengan meneutralkan radikal bebas sebelum ianya dapat menyerang sel.




  • Membaiki kerosakan radikal bebas di dalam sel dan tisu, lalu memulihkan kembali fungsi organ dan memulihkan sistem tubuh.




  • Merehatkan saluran darah dan mengembalikan aliran darah ke organ penting seperti mata, telinga, otak, kemaluan, jantung, ginjal, paru-paru dan kulit. Proses ini memulihkan kesihatan secara umum.




  • Mengurangkan serum kolesterol dan lipid, membantu mengekalkan tekanan darah normal dan kesihatan optimum.



  • Bagi faedah jangka panjang - mengurangkan risiko penyakit kronik melalui khasiat antiaterosklerosis, antiangiogenik, antibakteria dan antikarsinogenik serta mengoptimumkan fungsi sistem imun.


  • Ringkasan kebaikan ISO.7 :


  • Membantu mencegah kesan penuaan awal.




  • Membantu menggalakkan kesihatan kardiovaskular.




  • Membantu merangsang fungsi otak dan ketajaman minda yang sihat.




  • Membantu menggalakkan kesihatan penglihatan.




  • Membantu mengekalkan tahap gula yang sihat di dalam darah.




  • Membantu menggalakkan kesihatan saluran kencing.




  • Membantu memelihara kulit yang sihat.




  • Membantu meningkatkan sistem imun tubuh.




  • Membantu mengekalkan fungsi sel yang sihat.




  • Dapat menyumbang kepada kesihatan mulut.




  • Bermanfaat terhadap fungsi penghadaman.




  • NT2017 - ISO.3 Campuran Kolagen Marin Terhidrolisis Dengan Ekstrak Buah-buahan ISO.3

    NT2017 - Campuran Kolagen Marin Terhidrolisis Dengan Ekstrak Buah-buahan ISO.3
    Menyuburkan Kulit Yang Cantik dari Dalam ke Luar!

    Dengan peningkatan usia, serat kolagen kehilangan tekstur lembapannya, menjadi tidak kenyal dan seterusnya mengakibatkan pembentukan kedutan dan kehilangan kekenyalan kulit. Campuran Kolagen Marin Terhidrolisis dengan Ekstrak Buah-buahan ISO.3 membantu menstimulasikan penghasilan kolagen baru pada kulit dan memastikan metabolisme kolagen dikekalkan di tahap yang optimum. Kolagen Marin Terhidrolisis di dalam ISO.3 diperolehi daripada kulit ikan berkualiti tinggi - sumber kolagen terbaik yang diketahui. Berat molekulnya adalah antara 1000-2000, di mana ia membenarkan penyerapan yang lebih pantas ke dalam tubuh kerana ia telah dicernakan terlebih dahulu melalui proses "hidrolisis".

    Selain dari Kolagen Marin Terhidrolisis, formulasi unik ISO.3 juga terdiri daripada bahan botani bio-aktif yang diperkaya dengan antioksida dan fitokimia seperti Ekstrak Ceri Acelora, Ekstrak Biji Kiwi, Serbuk Mutiara, Serbuk Gel Aloe Vera, Kompleks Karotenoid dan Serbuk Buah-buahan Campuran yang bertindak sejajar dengan objektif penjanaan kecantikan dari dalam ke luar.

    Sistem penyuburan kulit dari dalam ke luar CNP ISO.3

    C - Clear / Membersih (untuk penyahtoksikan dan penyembuhan)

    Kandungan berfungsi bertindak dengan membersihkan saluran darah ke kulit bagi membenarkan lebih banyak nutrien, darah dan air sampai ke lapisan kulit. Langkah ini melibatkan pemulihan dan pembersihan kulit yang menua dan menyingkirkan toksin, bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hati dan bahan buangan daripada kulit.

    N - Nourish / Menyubur (untuk kecantikan dan pembaharuan)

    Kandungan berfungsi yang dibawa di dalam saluran darah sampai ke lapisan kulit dan menyuburkan kulit. Langkah ini melibatkan segala aktiviti penyuburan kulit seperti pembentukan sel kolagen baru (sel kulit baru) dan pencegahan penuaan kulit intrinsik.

    P - Protect / Melindungi (untuk kesihatan kulit jangka panjang)

    Kandungan berfungsi melindungi kulit daripada agen ekstrinsik yang menyebabkan kulit menua. Langkah ini melibatkan perlindungan jangka panjang kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh UV yang boleh menjurus kepada lesi kulit dan kanser kulit.Kandungan berfungsi melindungi kulit daripada agen ekstrinsik yang menyebabkan kulit menua.
    Ringkasan Kebaikan CAMPURAN KOLAGEN MARIN TERHIDROLISIS DENGAN EKSTRAK BUAH-BUAHAN ISO.3:



  • Membantu merangsangkan pembentukan kolagen dan metabolisme




  • Membantu menggalakkan pembaharuan kulit dan mengurangkan pengecutan otot.




  • Membantu menyelenggarakan kesihatan kulit dan mukus membran.




  • Membantu memperbaiki keserian dan lembapan kulit.




  • Membantu mengurangkan penampilan kedutan dan lingkaran hitam di sekeliling mata.




  • Membantu mengurangkan hiperpigmentasi kulit dan memulihkan akne.




  • Membantu meneutralkan radikal bebas.




  • Membantu menyahtoksik kulit.




  • Membantu melindungi kulit daripada radiasi ultraungu.




  • Membantu mencegah penyakit dan jangkitan kulit.




  • Membantu menyumbang kepada kesihatan menyeluruh pada tulang, gusi, rambut dan kuku.




  • Membantu meningkatkan sistem imun tubuh.




  • NT2016 - ISO.5 Minuman Serat Campuran ISO.5

    NT2016 - Minuman Serat Campuran ISO.5
    Lebih lama sisa makanan kekal di dalam usus, maka lebih cenderunglah berlakunya 'pentoksikan auto'. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa toksin di dalam tubuh kita menjadi penyumbang utama peningkatan keadaan yang merosot, penyakit dan proses penuaan. Oleh sebab itu, cara yang baik untuk menggalakkan kesihatan ialah mengekalkan pengawalaturan usus melalui pengambilan serat makanan yang secukupnya setiap hari.

    Memandangkan ramai orang sukar memastikan pengambilan serat yang mencukupi melalui diet setiap hari, maka para pengguna hari ini boleh mengambil MINUMAN SERAT CAMPURAN ISO.5 dalam sachet mudah. MINUMAN SERAT CAMPURAN ISO.5 adalah campuran imbangan teliti serat makanan, probiotik dan enzim berkualiti tinggi yang boleh mencuci dan memberi zat secara lembut kepada saluran gastrousus, membantu menyingkirkan toksin dan bahan buangan daripada sistem tubuh, serta mengekalkan tahap tenaga tubuh anda. Kandungan serat tingginya boleh juga membantu mencapai matlamat pengurusan berat badan dengan memberikan perasaan 'penuh' atau kepuasan. Setiap ahli keluarga anda, termasuk kanak-kanak yang kurang pengambilan serat harian terutamanya sekiranya mereka tidak menggemari sayur-sayuran boleh memilih MINUMAN SERAT CAMPURAN ISO.5 sebagai suplemen serat mereka untuk membantu menyihatkan usus serta memelihara kesejahteraan keseluruhan.
    Sedikit fakta mengenai Minuman Serat Campuran ISO.5:

    Setiap hidangan 15 g memberikan anda:



  • Lebih daripada 6 g serat makanan iaitu bersamaan 300 g sayur-sayuran




  • Lebih daripada 6 bilion kultur probiotik, bersamaan pengambilan 6 hidangan produk susu kultur di pasaran




  • Lebih daripada 0.1 g enzim tumbuh-tumbuhan hidup bersamaan pengambilan 3 atau 4 potong betik atau nanas



  • Ringkasan kebaikan Minuman Serat Campuran ISO.5:



  • Menggalakkan kesihatan usus yang lebih baik




  • Melancarkan sistem pencernaan




  • Membantu merendahkan kolesterol tidak baik dan mengurangkan risiko tekanan darah tinggi




  • Membantu mencegah pembentukan karsinogen, asid hempedu dan sebatian toksik lain




  • Membantu mengaktifkan sistem imun




  • Membantu meningkatkan kawalan glisemik dan mengawalaturkan gula darah




  • Menggalakkan sintesis vitamin




  • Memberikan kawalan berat badan yang lebih baik




  • NT2015 - SS Solution

    NT2015 - SS Solution
    Penyelesaian untuk kawalan berat badan berkesan!

    Diperkuatkan dengan rumusan tersendiri yang seimbang, SS Solution bertindak dengan baik untuk membantu anda mencegah pertambahan berat badan dalam jangka panjang. Rumusan minuman berfungsi unik yang mengandungi rangkaian nutrien fito (tumbuhan) yang mampu memberikan secukupnya nutrien yang diperlukan tubuh bagi membantu metabolisme, pembakaran lemak, pembinaan otot dan menyokong fungsi tubuh secara amnya serta memberikan rasa kenyang. Ia terbukti selamat untuk pengambilan kerap demi kesan tiada tandingan dalam membantu mencegah penambahan berat badan serta mengekalkan tahap kesihatan terbaik anda.
    Kesan 3R SS Solution yang menakjubkan:


  • Mentakrifkan semula pengambilan kalori tubuh




  • Mengimbangkan semula sistem tubuh seperti metabolisme dan penyahtoksikkan




  • Mengembalikan rasa 'ringan' dan kesejahteraan



  • Kemampuan SS Solution menyekat selera makan dengan memberikan rasa kenyang dapat membantu pengguna untuk merendahkan pengambilan kalori ke tahap yang menggalakkan penurunan berat badan. Ia membolehkan tubuh melaraskan sistemnya secara beransur-ansur bagi menyesuaikan dengan jumlah kalori baru yang diambil, supaya ia akan mengambil kurang makanan lalu menggunakan tenaga yang tersimpan. Dengan kandungan yang tinggi nutrien, SS Solution akhirnya menolong mengembalikan tahap imbangan tubuh termasuklah tahap hormon dan tenaga, sambil memudahkan dan menolong proses pembakaran, penyingkiran dan penyahtoksikan lemak secara semula jadinya. Hasilnya, anda akan memperolehi lebih otot tanpa lemak dan tubuh kurang lemak dengan rasa hebat yang 'ringan', bertenaga dan kesejahteraan menyeluruh.
    Fungsi utama SS Solution termasuklah:


  • Menyekat selera dan mengurangkan pengambilan makanan




  • Meningkatkan Termogenesis (penjanaan haba)




  • Membantu proses membakar dan menyingkirkan lemak




  • Meningkatkan sintesis hormon




  • Mengurangkan penghasilan radikal bebas




  • Membentuk otot dan merencatkan simpanan lemak




  • Membekalkan khasiat seimbang kepada tubuh




  • Membantu mengekalkan tahap tenaga optimum



  • SS Solution membantu anda kekal langsing dan kekal sihat!

    SS Solution dikhususkan kepada kumpulan sasaran: OBES, BERAT BERLEBIHAN dan BERAT IDEAL, mengikut tahap Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index - BMI) masing-masing. Memandangkan SS Solution adalah produk yang tinggi nutrien (protein, vitamin dan mineral berkualiti tinggi) dan yang rendah kalori, maka ia boleh menjadi pengganti hidangan serta suplemen nutrien. Apabila SS Solution digunakan oleh para pengguna yang obes atau mempunyai berat berlebihan, ia bertindak sebagai produk gantian hidangan. Kandungan nutriennya mencukupi untuk para penggunanya menanggung pengambilan makanan yang kurang dan menggunakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh. Apabila SS Solution digunakan oleh para pengguna yang mempunyai berat badan normal pula, ia menjadi suplemen nutrien kerana para pengguna berberat badan normal tidak perlu berdiet atau melakukan program gantian hidangan. Apa jua kategori anda, SS Solution adalah penyelesaian terbaik untuk anda menyingkirkan lemak berlebihan, membenarkan anda memiliki tubuh yang seimbang dan bertenaga.

    Insuran liabiliti produk SS Solution

    SS Solution dilindungi insuran liabiliti produk USD 1 juta bagi memastikan anda dapat menikmati fungsi-fungsinya pada tahap yang optimum tanpa perlu risaukan sebarang kerosakan produk.

    NT2012 - B'Young Supreme Gold (90 sachets x 19 g)


    B'Young Supreme Gold memberikan formulasi minuman berfungsi yang sungguh unik lagi luar biasa yang memberikan tubuh anda nutrien yang kaya, penting dan sangat diperlukan bagi imbangan pemakanan yang sihat setiap hari. B'Young Supreme Gold memberikan rangsangan berkuasa dengan formulasi berkhasiat yang direka secara saintifik bagi meningkatkan ketahanan tubuh, mengunjur kepada peningkatan kesihatan dan tenaga tubuh secara amnya. Formulasinya yang terbukti, tidak seperti suplemen kesihatan konvensional lain dan kombinasi keunikan ramuan semula jadinya menawarkan minuman berfungsi peningkat kesihatan yang menyeluruh dalam pasaran hari ini. Mulalah menikmati tenaga muda yang diperbaharui dan berikan tubuh anda rangsangan yang ia perlukan bagi merasai kemudaan semula! B'Young Supreme Gold adalah ideal diminum dalam jangka panjang bagi mendapatkan kebaikannya serta mengekalkan tahap tertinggi nilai-nilai khasiat. Kekal muda, kekal sihat dan nikmati semangat baru daripada formulasi berfungsi hebat ini!

    BA5401 - BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER

    BA5401 - BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER
    Mungkin anda tidak mampu menentukan kualiti udara luaran...tetapi kini dengan BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER anda berpeluang memberikan diri anda dan yang tersayang kenikmatan udara dalaman yang lebih tulen, lebih segar dan lebih menyihatkan!

    Kepentingan mengekalkan kualiti udara dalaman yang sihat

    Banyak aktiviti biasa seperti memasak, memanas, mendingin, membersih dan menghias-semula boleh menyebabkan pembebasan dan penyebaran pencemar dalaman merbahaya di kediaman. Kajian menunjukkan bahawa udara di kediaman lebih tercemar berbanding udara luaran. Secara puratanya kita menghabiskan sehingga 90% dari masa kita di dalam bangunan. Oleh itu, menghirup udara dalaman yang bersih membawa kesan penting terhadap kesihatan. Orang yang meluangkan lebih banyak masa di dalam adalah lebih berisiko mendapat masalah kesihatan, atau diterukkan lagi oleh pencemar udara dalaman. BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER yang menggunakan Teknologi Ion Mikroplasma dan penapis-penapis pelbagai-tahap handalan, berkeupayaan menyerang dan meneutralkan rangkaian terluas pencemar udara

    BEYOND MICROPLASMA AIR PURIFIER bertindak dengan penjana ion mikroplasma dan penapis-penapis pelbagai-tahap handalan untuk kesan penulenan udara pelbagai

    Pusat produk penulenan udara canggih ini ialah Teknologi Ion Mikroplasma Beyond yang menggunakan penjana Ion Mikroplasma canggih, komplek dan terkawal secara mikro-komputer yang berterusan menjana aliran tetap Ion Hidrogen dan Oksigen dari molekul Oksigen dan air di dalam udara. Kombinasi ion khas ini mempunyai kualiti pembersihan dan pensterilan udara berkuasa

    PC3504 / PC3505 / PC3506 LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO

    Tidak kira jenis tilam yang digunakan sekarang, LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO boleh menambahkan satu lapisan keselesaan dan perlindungan khas buat anda. Kini, dengan LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO rekaan generasi kedua, anda dapat tidur di atasnya tanpa perlu dialas di atas tilam. Lapik tilam yang dipertingkatkan dan canggih ini dibentuk cemerlang dengan kombinasi unik 15 lapisan khas bahan berkualiti hebat untuk memberikan sokongan yang teguh tetapi lembut dan rekaan struktur ergonomi handalan yang melaras kepada kontur tubuh individu untuk permukaan tidur yang lebih selesa. Lapisan teratas fabrik Damask Jacquard berkualiti mewah yang dijahit berkuilt bersama Fabrik Tidak Bertenun Yang Memancar Ion Negatif, Bulu Bebiri Sintetik dan Busa Poliuretana dengan corak sarang madu yang menawarkan sentuhan mewah pada lapik tilam anda. Tambahan pula, rekaan baru ini mempunyai ciri keselamatan tambahan seperti Unit Kawalan Termostat yang dipertingkatkan, pengesan terma di dalam dan penggunaan bahan ketahanan haba untuk operasi yang lebih cekap. Yang lebih penting, ciri inovatifnya memberikan 7 fungsi peningkat kesihatan penting seperti fungsi anti hama, sinar inframerah jauh, ion negatif, bio-magnetik, batu mineral jed, fungsi terma serta memberikan keselesaan tulen dan fungsi sokongan tulang belakang yang dapat membantu memperbaiki kesejahteraan umum anda sambil membenarkan anda menikmati tidur yang paling selesa pernah dirasai. LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO tersedia di dalam saiz King, Queen dan Single untuk memenuhi keperluan individu. Selain itu, ia juga didatangkan dengan jaminan 1 tahun dan bahagian tulen turut disediakan untuk penggantian.




    ADAKAH LIFE STYLE ANDA:-
    -Kuat bekerja / sibuk dengan urusan harian?
    -Pergi kerja pada awal pagi & balik kerja pada lewat malam?
    -Selalu tiada masa untuk beriadah / tak sempat nak bersenam?
    -Masalah kesihatan / tahap kesihatan tidak menentu?
    -Masalah obesiti?
    Kelebihan Lapik Tilam Terapiutik Bio-Ion CONTIAGO:
    -Membantu meningkatkan kualiti tidur demi kesejahteraan & kesihatan tubuh.
    -Ditatahi magnet kekal neodymium berprestasi ultra tinggi, magnet kekal ferit berprestasi tinggi & batu mineral jed.
    -Penyelidikan & pembangunan termaju inovasi produk.
    -Amat selesa & merehatkan.
    -Rekaan sempurna dgn tepi yg diperkemaskan utk keteguhan & ketahanan.
    -Paling efektif untuk kesihatan.
    -Amat praktikal.
    -Mudah digunakan.
    -Kesihatan anda dipelihara semasa anda sedang tidur
    -Boleh digunakan pada setiap hari tanpa terlupa kerana ada atas katil.
    -Melancarkan peredaran darah semasa anda sedang tidur.
    -Semasa bangun tidur anda akan rasa 'best' jer.
    -Rasa cergas semasa bangun tidur.
    -Rasa puas tidur / tidur yang cukup.(rasa tidur yang sebenar)
    -mengelakkan hipertensi, arteriosklerosis, penyakit arteri koronari dan melancarkan peredaran darah.
    -Mengurangkan ketegangan saraf & otot-Terapi FIR(Far Infrared Rays) membantu memperbaiki keadaan kulit dan semua rawatan kecantikan di sekitarnya.
    -Membantu tubuh memperkuatkan sistem imun dengan merangsang peningkatan pengeluaran sel darah putih.
    -Terapi FIR(Far Infrared Rays) juga banyak digunakan sebagai rawatan alternatif untuk penyakit-penyakit yang kronik.
    -Boleh membakar lemak.(berdasarkan panduan yang perlu diikuti, mudah jer..)
    -Mempunyai kelebihan seperti sauna. (mudah caranya, nak tahu caranya tanyalah kami..)
    -Ada timer untuk set masa rawatan. (2jam / 4 jam & seterusnya)
    -Tahap haba boleh laras mengikut keperluan.
    -Jangan risau, haba yang terhasil tidak akan menyebabkan sebarang kelecuran pada kulit kerana ianya selamat.
    -Ramai orang sukakan produk ini. (produk paling laris)
    -Cara menjaga kesihatan era baru / zaman moden.
    -Orang kampung pun dah guna, anda bagaimana?

    BAGAIMANA IA BERFUNGSI UNTUK?
    Mengurangkan Berat Badan
    Sinar Infra-Merah Jauh daripada LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO boleh membantu penurunkan berat badan dengan mempercepatkan proses metabolisme organ-organ penting dan kelenjar endokrin yang menurunkan kalori secara beransur-ansur. Penurunan berat badan berlaku kerana lemak tubuh menjadi larut air pada suhu yang tinggi yang kemudiannya disingkirkan melalui peluh.
    Meningkatkan Sistem Imun
    Dengan Sinar Infra-Merah Jauh daripada LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ON CONTIAGO bertindak pada tubuh, peningkatan suhu tubuh adalah sama dengan mekanisme pertahanan tubuh terhadap bakteria dan jangkitan. Kesan berfaedah suhu yang meningkatkan ini adalah peningkatan sistem imun yang disebabkan oleh pengeluaran sel darah putih yang bertambah disebabkan oleh sumsum tulang dan kelenjar timus.
    Mengurangkan Stress
    Stress yang tinggi meletakkan tekanan teruk kepada sistem saraf tubuh dan ia adalah penyebab utama pelbagai penyakit kronik. Dengan perkembangan saluran kapilari dan peningkatan aliran darah dalam badan melalui Sinar Infra-Merah Jauh, tahap stress fizikal dapat diturunkan dengan banyaknya. Oleh kerana itulah, tidur diatas LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO ini dapat membantu membekalkan kelegaaan stress dan pengurangan stress yang penting kepada pengunanya.
    BAGAIMANA ELEMEN-ELEMEN YANG TERDAPAT DI DALAM TILAM INI BERFUNGSI?
    *Kombinasi 7 fungsi utama di dalam LAPIK TILAM TERAPIUTIK BIO-ION CONTIAGO ini memberikan rangkaian kebaikan, manfaat yang pelbagai & peningkatan kepada tubuh di dalam satu produk yg tidak dapat ditawarkan oleh produk tidur lain dari segi kualiti, keberkesanan & teknologi yg terbukti.
    1) Fungsi Sinar Inframerah Jauh
    Sinar Inframerah Jauh (terapi haba) yang dihasilkan melalui fabrik yang dirawat khas dengan Bioseramik dan Batu Mineral Jed berkuasa untuk menggalakkan pertumbuhan dan kecergasan sel hidup pada tubuh manusia.

    2) Fungsi Bio-Magnetik
    Magnet-magnet Kekal berkuasa yang ditatah ke dalam busa poliuretana membantu meningkatkan penembusan mendalam ke dalam tisu yang akan memberi tubuh tenaga dengan lebih pantas dan lebih cekap bagi mekanisme pemulihan sendiri.
    3) Fungsi Terma
    Kombinasi lapisan khas yang dilapisi dengan Elemen Pemanas Karbon Bertebat yang dapat menghasilkan haba terma yang semula jadi selamat dan penting bagi menggalakkan pengaliran darah dan peransang kecergasan sistem tubuh.
    4) Fungsi Batu Mineral Jed
    Dapat memancarkan Ion Negatif, Sinar Inframerah Jauh serta tenaga 'hidup' penting yang dapat menolong meningkatkan fungsi biologi sel tubuh serta meningkatkan aliran darah.
    5) Fungsi Ion Negatif
    Ion Negatif yang dihasilkan oleh fabrik yang dirawat khas dan Batu Mineral Jed digelar "ion baik" atau "ion gembira" dan ion ini dipercayai dapat memberi tenaga kepada sel tubuh dan meningkatkan sistem imun tubuh.
    6) Keselesaan Tulen
    Rekaan berkontur ergonominya yang hebat memberikan sokongan yang baik kepada kepala, tengkuk dan tulang belakang bagi mencegah anda mengalami kesakitan tengkuk di siang hari, dan pada masa yang sama, membantu anda tidur dengan lebih nyenyak di malam hari.
    7) Fungsi Anti-Hama
    Lapisan mewah fabrik Damask Jacquard dirawat dengan proses rawatan yang menjerihkan bagi memberikan fungsi perlindungan anti-hama yang unik dan berkesan, lantas memberikan anda perlindungan terbaik daripada kebanyakan jenis hama yang ada.

    Pengoperasian Lapik Tilam Terapiutik Bio-Ion Contiago:
    Pasang kepala plug(Unit Kawalan Termostat Pelbagai-Fungsi) pada soket elektrik, hidupkan kuasanya, tetapkan suhu yg diingini, kemudian berbaring & berehatlah ketika lapik tilam ini berfungsi utk memberikan anda kesan yg menakjubkan.

    Alangkah indah dan selesanya apabila merasai nikmat berbaring diatas lapik tilam ini... Hanya pengguna yg pernah menggunakan dan mengalaminya sahaja dapat menggambarkannya. Memperkenalkan inilah satu-satunya produk tilam yg mampu menjaga kesihatan semasa kita sedang tidur. Disamping itu peredaran darah juga dapat berjalan dengan baik.
    Jaminan Produk Lapik Tilam Terapiutik Bio-Ion CONTIAGO
    Bio-ion CONTIAGO dilindungi Jaminan Produk selama 1 tahun supaya anda yakin menggunakan dan menikmati kebaikan produk unik ini.

    Tilam ini boleh diperolehi dengan harga yang berbeza berdasarkan saiz .
    Buatlah pilihan saiz tilam yg anda kehendaki berdasarkan kesesuaian anda. 
    Walau bagaimanapun sila hubungi kami untuk mendapatkan penerangan yang sewajarnya.

    Lapik tilam ini menggunakan fabrik yang cantik dan berkualiti. Potongannya juga sangat teliti.

    Ketebalan tilam.
    Panel kawalan suhu & masa rawatan yg anda kehendaki.

    Fungsi Unit Kawalan Termostat Pelbagai-Fungsi Termaju:


    -Mengawal tahap pemanasan (tempoh masa pemanasan) & suhu pada Lapik Tilam Terapiutik Bio-Ion Contiago yang disediakan dgn ciri-ciri mesra pengguna & teruji selamat.
    -Menukarkan arus ulang-alik (AC) drpd sumber kuasa kediaman anda kpd arus terus (DC) yg telah direndahkan pada kadar 24v (6.2Amps) utk pengaktifan Elemen Pemanas Karbon Bertebat yg selamat & berkesan.
    -Memastikan pengguna bebas ancaman sebarang bahaya kejutan elektrik.
    -Pra-set yg mudah ditukar:
    -Suhu: Min 40 C / 45 C / 50 C / 55 C / 60 C / 70 C / 80 C Maks.
    -Tempoh: 2 / 4 / 8 / 12 jam.
    -Pemadaman secara automatic (2 jam dari tempoh penetapan maksimum)
    -Penggunaan kuasa rendah
    –Sungguh menjimatkan.

    Friday, March 25, 2011

    BW5202 - SISTEM PEMULIHAN AIR BIO-AKTIF BEYOND WATER


    BW5202 - SISTEM PEMULIHAN AIR BIO-AKTIF BEYOND WATER
    Memandangkan pengambilan air yang menyihatkan dan bersih adalah keperluan penting demi kesihatan yang baik, dengan Beyond Water , kini anda mampu memperolehi sumber Air Hidup Semula Jadi di kediaman mahupun pejabat anda!

    Kepentingan pengambilan air minum menyihatkan yang tulen, semula jadi dan bertenaga

    Terdapat banyak sistem rawatan air di pasaran. Kebanyakannya dari variasi penapis yang lebih kurang sama dan kesemuanya mendakwa dapat menyingkirkan sedimen, mineral dan bahan yang mungkin berbahaya dalam minuman anda secara efektif. Namun, matlamat sistem penapisan, penulenan dan pengaktifan luar biasa seperti Beyond Water bukan sekadar menyingkirkan bendasing dan pencemar merbahaya secara mudah tetapi untuk membekalkan air minuman yang tulen, semula jadi dan menyihatkan. Beyond Water terdiri daripada 7 kebuk yang mengandungi medium penapisan handalan yang berkesan menyingkirkan spektrum terluas air tercemar berbahaya, mengurangkan saiz gugusan molekul air dengan sinar inframerah jauh dan memagnetkan air bagi menstabil molekul air untuk kesihatan yang lebih baik.

    Dengan rekaan serba baru yang tirus, Beyond Water model generasi kedua ini tersedia dengan ciri-ciri yang lebih dipertingkatkan untuk memberikan lebih banyak kebaikan termasuklah penggunaan Bebola Anti-Bakteria Nano Perak termaju yang meningkatkan penyingkiran mikroorganisma dan bakteria dari air serta tambahan Bebola Seramik Alkali Kalsium yang membantu mengawal pH air dan seterusnya meningkatkan kandungan mineral di dalam air. Air Hidup Semula Jadi Beyond Water™ dihasilkan dengan memulihkan air melalui 13 medium penapisan, penulenan dan pengaktifan serta pemagnetan peringkat akhir, lantas memberikan anda peluang menakjubkan untuk meningkatkan kesihatan. 



    Pra rawatan bagi menyingkirkan zarahan terampai                                                                            Kapisiti Rawatan air = 25,000 liter/ sehingga 12 bulan

    Membasmi dan menyingkirkkan pencemar seperti klorin, Hidrogen sulfida logam berat,bau, rasa dan kekeruhan.               Kapasiti rawatan air = 100,000 liter / sehingga 48 bulan

    Monitor III telah direka bentuk khas untuk menulenkan, mengilap dan menghasilkan semula air minuman berkualiti tinggi menerusi konsep reka bentuk Beyond Water yang unik. Fungsi kesan pengilapan air Monitor III yang tinggi menghasilkan air minuman yang dipertingkatkan kualitinya. Kapasiti rawatan air= 150,000 liter/sehingga 6 tahun

    Peringkat terakhir peningkatan fungsi penulenan, pensterilan dan penyah bau. Mengurangkan saiz gugusan air. Menukar dan mengaktifkan "Bio-Tenaga Hidup" air. Meningkatkan mineral bermanafaat di dalam air. Melaras dan menstabilkan pH air. Kapasiti rawatan air = 200,000 liter/ sehingga 8 Tahun

    Thursday, March 24, 2011

    ND4016 - Dr. Africana's Campuran Minuman Herba Misai Kucing

    Misai kucing, jasmin dan teh hitam

    Satu kombinasi istimewa 100% herba semula jadi yang terdiri daripada Misai Kucing, Jasmin dan teh Hitam yang menyajikan rasa yang lazat bercitarasa serta membekalkan kebaikan peningkat kesihatan yang penting. Misai Kucing mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang penting bagi kesihatan yang baik. Ia mempunyai kandungan kalium yang tinggi, yang berperanan penting dalam berbilang-bilang proses penting di dalam sistem tubuh. Disebabkan unsur bermanfaat ini, Misai Kucing telah digunakan sejak turun-temurun untuk mencuci ginjal dan pundi hempedu, merendahkan tahap tekanan darah dan kolesterol, mengekalkan kesihatan kardiovaskular serta membantu dalam rawatan kencing manis, penyakit ginjal, pundi hempedu, arthritis, gout dan rheumatisme. Misai Kucing juga memberikan kebaikan antioksida yang sederhana. Dr. Africana's Campuran Minuman Herba Misai Kucing tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna atau kondisioner makanan yang merbahayakan kesihatan dan boleh dinikmati sepuas-puasnya. Nikmatilah ia setiap hari bagi melegakan stres dan memberikan kesan merehatkan yang efektif selepas bekerja sepanjang hari!

    ND4011 - Dr. Africana's Campuran Minuman Botani Rooibos TEA



    Dr. Africana's Campuran Minuman Botani Rooibos kaya dengan bahan antioksida, berkemanisan semula jadi - minuman beraroma yang menyegarkan yang dibuat dari daun Rooibos untuk rasa dan kepuasan hebat membuatkan anda sentiasa ingin menikmatinya! Dr. Africana's Campuran Minuman Botani Rooibos mengandungi banyak vitamin, mineral dan enzim penting serta kebaikan herba honeybush, dengan lebih 40 sebatian polifenol dan flavonoid yang bertindak sebagai antioksida untuk meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas melemahkan pertahanan semula jadi tubuh yang akhirnya menyebabkan penuaan serta mudah diserang pelbagai penyakit berbahaya. Dr. Africana's Campuran Minuman Botani Rooibos juga menjamin membekalkan 500 mg Ginseng Amerika berkualiti tulen dalam setiap uncang. Dr. Africana's Campuran Minuman Botani Rooibos mempunyai sifat pemulihan semula jadi yang berkesan merangsang tahap tenaga dan kepekaan.

    Thursday, March 17, 2011

    BEYOND FOOD JUNCTION


    BJ5601 - BEYOND FOOD JUNCTION DETOXIFYING UNIT.-
    BEYOND FOOD JUNCTION DETOXIFYING UNIT adalah satu sistem canggih yang berkuasa merawat makanan mentah dan peralatan harian anda melalui penggunaan aliran terkawal molekul ozon. Ia mempunyai kegunaan versatil yang membersih, meneutralkan, menulenkan dan menyahtoksik menggunakan tindakan kuasa ozon agar anda sekeluarga dapat menikmati makanan dan kehidupan yang lebih baik.

    Dengan menggunakan BEYOND FOOD JUNCTION DETOXIFYING UNIT yang memiliki pelbagai ciri-ciri unik, anda dapat memastikan racun perosak, racun serangga, pengawet, antibiotik, dll pada bahan mentah yang akan dimasak telah disingkirkan. Bahkan patogen yang hadir pada peralatan dapur, sudu, garfu juga dapat direncatkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Alangkah leganya kerana kini anda bukan sahaja dapat menghidangkan makanan yang lazat buat seisi keluarga bahkan anda lebih yakin kerana makanan tersebut adalah bersih dan menyihatkan! BEYOND FOOD JUNCTION DETOXIFYING UNIT didatangkan dengan jaminan produk 1 tahun

    KELEBIHAN UNIK BFJ
    CIRI-CIRI UNIK BFJ

    BAGAIMANA OZONE BERTINDAK


    Jangan Percaya jika tak tengok sendiri

    Sayur Sawi Layu yang dah 4 hari dlm peti sejuk

    Sayur Sawi yg dah layu. Batang sawi dah kecut.. Kalau ikut hukum dah kena buang dlm tong sampah...

    Setelah 30 minit proses meng"ozon"

    Sayur yang telah layu kembali segar seperti baru petik dari kebun. Batang sawi kembali keras dan daun kembali hijau dan segar.