Barang Kemas

Wednesday, August 17, 2011

NT2013 - B'Young Premium Standard

NT2013 - B'Young Premium Standard
(90 sachets x 17 g)
Singkir, rehat dan pulih ke arah kesihatan yang lebih baik dengan perangsang bernutrisi berkesan ini - B'Young Premium Standard. Pilihan hebat ini memberikan tubuh anda mikronutrien semula jadi bagi penyelenggaraan gaya hidup sihat. Formulasinya yang dipertingkatkan membantu anda mengambil langkah positif ke arah mencapai matlamat kesihatan dan kecergasan anda. Hanya minum sachet Pagi, Petang dan Malam setiap hari dan saksikan bagaimana perubahan positif yang cepat dan berkesan menyerlah. Sachet yang menyenangkan ini membolehkan anda memulakan gaya hidup sihat yang baru dan alami tenaga, kemudaan dan kesihatan yang diperbaharui setiap hari!

Tuesday, August 16, 2011

NC2702 - GREENLEX I-COMPLEX

NC2702 - GREENLEX I-COMPLEX
Diformulasi untuk mata yang sihat



  • Produk penyelidikan saintifik terkini bagi herba tradisional. Mengandungi ramuan untuk mengekalkan kesihatan mata.


  • Menggunakan ramuan berkualiti tinggi daripada sumber baik yang sedia ada.


  • Diformulasikan agar bertindak secara sinergi: kebaikan ramuan dipertingkatkan kerana kehadiran ramuan-ramuan lain.


  • Sesuai bagi semua peringkat usia, muda dan tua.
  • GREENLEX I-COMPLEX diformulasi berasaskan sains nutrisi bagi membantu individu memperolehi nutrisi secukupnya yang diperlukan setiap hari bagi penglihatan yang sihat. Ia mengandungi ekstrak piawai daripada buah Bilberi, bunga Marigold, buah kelapa sawit, biji anggur dan lada hitam yang mengandungi sejumlah fitokimia, terutamanya sebatian flavonoid yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan memainkan peranan penting bagi mengekalkan kesihatan mata yang umum.



  • Ekstrak Buah Bilberi mengandungi kepekatan flavonoid tinggi yang dikenali sebagai antisianosida. Fitonutrien ini menunjukkan aktiviti antioksidan menakjubkan yang dikaitkan dengan kesihatan mata.


  • Ekstrak Bunga Marigold mengandungi banyak sebatian antioksidan berharga yang dikenali sebagai lutein iaitu komponen utama bagi makula, kawasan di dalam retina mata manusia. Paras lutein yang sihat juga membantu mengatasi kemerosotan beransur-ansur makula daripada menua dan tercetusnya degenerasi makular yang diakibatkan oleh peningkatan usia (AMD).


  • Ekstrak Buah Kelapa Sawit Caromin® mengandungi karotenoid semula jadi, yang diekstrak daripada minyak / buah kelapa sawit mentah (Elaeis guineensis). Selain kandungan tertinggi alpha-karotena, ia juga mengandungi campuran karotenoid lain seperti beta-karotena, gama-karotena dan likopena yang biasa ditemui di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Kombinasi karotenoid dalam perkadaran semula jadi dan kesan sinerginya berkemungkinan dapat memberikan banyak kesan berfaedah kepada kesihatan berkenaan karotena, salah satunya adalah menggalakkan kesihatan mata.


  • Ekstrak Biji Anggur adalah sumber OPC (Oligomeric Proanthocyanidins) berkepekatan tinggi, sejenis antioksidan yang melindungi sel daripada kerosakan radikal bebas.


  • Ekstrak Lada Hitam adalah ekstrak piawai daripada buah Piper nigrum L (lada hitam) atau Piper longum L (lada panjang). Ia mengandungi piperine berkepekatan tinggi.

  • NC2701 - GREENLEX MEMO COMPLEX

    NC2701 - GREENLEX MEMO COMPLEX
    Formulasi Menyeluruh Untuk Kesihatan Am


  • Produk penyelidikan saintifik terkini bagi herba tradisional. Mengandungi ramuan untuk mengekalkan kesejahteraan umum.

  • Menggunakan ramuan berkualiti tinggi daripada sumber baik yang sedia ada.

  • Melancarkan peredaran darah.

  • Formulasi GREENLEX MEMO COMPLEX terdiri daripada BacoMind®, ekstrak herba Bacopa yang berdaftar, ekstrak Ashwagandha dan ekstrak daun Ginkgo yang dikenali untuk memperbaiki peredaran darah. Ramuan-ramuan ini disatukan untuk bertindak secara sinergi dan membantu menyelenggarakan kitaran periferal, menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan umum.


  • BacoMind® adalah ekstrak herba Bacopa berdaftar yang diperolehi daripada tumbuhan Bacopa monnieri Linn. Bacopa monnieri adalah salah satu daripada pokok berubat yang berharga dalam rawatan Ayurveda dan telah digunakan secara tradisional untuk lebih 3000 tahun. Ia dipiawaikan secara kimia dengan 9 sebatian bio-aktif berbeza.

  • Ekstrak Ashwagandha juga dikenali sebagai Withania somnifera Dunal (keluarga: solanaceae). Seringkali dirujuk sebagai “Ginseng India”di dalam rawatan Ayuveda. Ekstrak Ashwagandha bertindak sebagai penyesuai yang membantu menguatkan keupayaan tubuh menghadapi stres, memupuk kerehatan dan kepekaan serta merangsang kecergasan dan kekuatan.

  • Ekstrak daun Ginkgo digunakan secara tradisional untuk memperbaiki peredaran dan aliran darah. Pengunaan perubatan ginkgo biloba tercatat sejak 2800 Sebelum Masihi di dalam penulisan Cina.


  • NB2301 / NB2303 - GREENLEX ORGANIC SPIRULINA

    GREENLEX ORGANIC SPIRULINA diperbuat daripada Spirulina platensis yang ditanam secara organik, yang bebas daripada sebarang racun rumpai, racun serangga, baja sintetik dan sebarang pencemaran atau bahan pencemar. Spirulina mengandungi kepekatan tinggi nutrien penting dan elemen surih penting seperti beta karotena, vitamin B12, klorofil, selenium, zink, kromium, besi dan mangan, tetapi rendah kandungan natrium. Spirulina juga kaya protein lengkap yang mengandungi semua asid amino penting dan asid gama-linolenik (GLA) iaitu asid lemak penting yang diperlukan bagi nutrien manusia.


    GREENLEX ORGANIC SPIRULINA adalah daripada spesis tulen spirulina platensis yang ditumbuh dengan air mineral bebas pencemaran melalui fotosintesis semula jadi bagi mencakupi nutrien organik dengan menggunakan peralatan moden dan bioteknologi mikroalga termaju. Kawalan ketat dilaksanakan pada setiap proses bagi memastikan produk ini memenuhi piawaian kualiti yang telah ditetapkan. Dihasilkan dalam bentuk tablet kunyah yang lebih kecil dan lebih kompak, ia ideal untuk yang muda dan tua. Spirulina yang digunakan mengandungi 70% protein mudah cerna.

    Friday, August 12, 2011

    BS5801 – BEKAS PENYIMPANAN MAKANAN SMARTSEAL

    BS5801 – BEKAS PENYIMPANAN MAKANAN SMARTSEAL
    Rangkaian BEKAS PENYIMPANAN MAKANAN SMARTSEAL ini diperbuat daripada polipropilena berkualiti tinggi dan bahan Getah Elastomer Termoplastik (TPER) yang dipilih teliti dan tidak bertoksik agar memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa dan ianya disahkan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA) serta Korea Environment & Merchandise Testing Institute (KEMTI) untuk kebersihan dan keselamatan. Bekas penyimpanan makanan ini direka khas dengan pelbagai ciri unik demi memenuhi keperluan para pengguna. 
     
    BEKAS PENYIMPANAN MAKANAN SMARTSEAL yang kedap udara dan anti-bocor ini juga ideal untuk menyimpan makanan yang dibawa ke sekolah, pejabat atau untuk mengekalkan kesegaran makanan yang dibawa berkelah atau bersiar-siar.