Barang Kemas

Sunday, March 31, 2013

NT2004 - Fruktosa Kristal Dengan Frukto-Oligosakarida Homsweet

NT2004 - Fruktosa Kristal Dengan Frukto-Oligosakarida Homsweet
Fruktosa tidak meracun tahap gula dalam darah anda, sebaliknya ia diproses oleh hati dan disimpan sebagai glikogen. Apabila ini berlaku, hati akan mula menitiskan glukosa yang tersimpan ke dalam aliran darah bagi mengekalkan kestabilan tahap gula dalam darah. Fruktosa Kristal dengan Frukto-oligosakarida Homsweet ditambah dengan Frukto-oligosakarida (FOS) yang merupakan sebatian semula jadi tumbuhan dan mempunyai peranan penting di dalam kesihatan saluran pencernaan manusia. Apabila oligoskarida dimakan, bahagian yang tidak tercerna menjadi makanan kepada bakteria 'baik' seperti spesis bakteria Bifido dan Laktobasilus. Kajian klinikal menunjukkan FOS yang dikenali sebagai prebiotik boleh membantu meningkatkan bilangan bakteria baik ini di dalam kolon dan pada masa yang sama mengurangkan populasi bakteria merbahaya. Tubuh manusia bergantung kepada bakteria berfaedah bagi menghasilkan Vitamin B serta menghasilkan laktase dan bahan anti-bakteria lain.

NT2003 - Fruktosa Kristal Asli Homsweet

NT2003 - Fruktosa Kristal Asli Homsweet

Fruktosa Kristal adalah pemanis yang dihasilkan daripada jagung yang mempunyai indeks glisemik rendah maka ia tidak menyebabkan kenaikan tahap gula dalam darah seperti mana gula biasa (sukrosa). Fruktosa Kristal diserap secara perlahan ke dalam tubuh dan menyebabkan peningkatan rendah gula dalam darah. Jenis gula lain seperti gula halus, organik atau sirap tebu boleh menyebabkan peningkatan mendadak gula dalam darah dan menyebabkan "keracunan insulin" bagi pengidap kencing manis. Penggunaan fruktosa juga membantu meningkatkan pengambilan kalori, memandangkan ia adalah dua kali lebih manis dari gula biasa, tetapi mempunyai ketumpatan kalori yang sama. Fruktosa Kristal Asli Homsweet adalah pemanis diperkuat semula jadi yang ideal untuk pengambilan harian dan boleh digunakan untuk memasak. Ia menawarkan pemanis semula jadi premium untuk meningkatkan rasa minuman, makanan dan masakan anda demi gaya hidup yang lebih sihat.

Monday, October 29, 2012

B'YOUNG RANGE

NT2013 - B'Young Premium Standard
(90 sachets x 17 g)
Singkir, rehat dan pulih ke arah kesihatan yang lebih baik dengan perangsang bernutrisi berkesan ini - B'Young Premium Standard. Pilihan hebat ini memberikan tubuh anda mikronutrien semula jadi bagi penyelenggaraan gaya hidup sihat. Formulasinya yang dipertingkatkan membantu anda mengambil langkah positif ke arah mencapai matlamat kesihatan dan kecergasan anda. Hanya minum sachet Pagi, Petang dan Malam setiap hari dan saksikan bagaimana perubahan positif yang cepat dan berkesan menyerlah. Sachet yang menyenangkan ini membolehkan anda memulakan gaya hidup sihat yang baru dan alami tenaga, kemudaan dan kesihatan yang diperbaharui setiap hari!

 

NT2014 - B'Young Maintenance Course
(90 sachets x 14 g)
Dapatkan penyelenggaraan nutrisi penting harian yang lengkap hari ini. Penyelenggaraan yang menyihatkan bermakna pengambilan formulasi pilihan premium ini setiap hari bagi menikmati kebaikan luar biasanya. B'Young Maintenance Course direka khas untuk pengambilan berkala dan ia bertindak dengan baik pada kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas serta dewasa. Ia membantu mengekalkan keseimbangan tubuh yang sihat dengan membekalkan nutrien penting di samping meningkatkan menyingkiran toksin yang berbahaya daripada tubuh.


NT2012 - B'Young Supreme Gold (90 sachets x 19 g)
B'Young Supreme Gold memberikan formulasi minuman berfungsi yang sungguh unik lagi luar biasa yang memberikan tubuh anda nutrien yang kaya, penting dan sangat diperlukan bagi imbangan pemakanan yang sihat setiap hari. B'Young Supreme Gold memberikan rangsangan berkuasa dengan formulasi berkhasiat yang direka secara saintifik bagi meningkatkan ketahanan tubuh, mengunjur kepada peningkatan kesihatan dan tenaga tubuh secara amnya. Formulasinya yang terbukti, tidak seperti suplemen kesihatan konvensional lain dan kombinasi keunikan ramuan semula jadinya menawarkan minuman berfungsi peningkat kesihatan yang menyeluruh dalam pasaran hari ini. Mulalah menikmati tenaga muda yang diperbaharui dan berikan tubuh anda rangsangan yang ia perlukan bagi merasai kemudaan semula! B'Young Supreme Gold adalah ideal diminum dalam jangka panjang bagi mendapatkan kebaikannya serta mengekalkan tahap tertinggi nilai-nilai khasiat. Kekal muda, kekal sihat dan nikmati semangat baru daripada formulasi berfungsi hebat ini!

Sunday, October 14, 2012

INFO KESHATAN- SELULIT


Masalah Selulit Tak Kira Saiz Tubuh
Sebut sahaja selulit, pasti ramai yang mengaitkannya dengan mereka yang bertubuh besar. Padahal, masalah kulit ini turut dialami oleh mereka yang bertubuh kecil. Namun punca selulit mereka adalah kerana kekurangan air, tidak bersenam, sembelit, stres, pencemaran, keletihan, pemakanan yang tidak betul dan kandungan estrogen yang tinggi.
Oleh itu untuk mengelakkan selulit, anda perlukan pembersihan sistem badan dan bukannya menguruskan badan. Bahagian tubuh yang biasanya mengalami masalah selulit adalah seperti di perut, punggung, paha dan belakang betis.
Ia merupakan gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Sel-sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan tekstur kulit anda menjadi seperti menggerutu. Sekali gus mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terdapat pada bahagian punggung dan paha.
Berpunca Dari ToksinGejala ini berlaku disebabkan oleh pengumpulan toksin yang memusnahkan struktur kolagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga turut membuatkan pengaliran darah menjadi tidak teratur.
Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bentuk fizikal mahu pun jantina. Walau bagaimana pun ia lebih banyak dialami oleh kaum wanita. Namun dengan perkembangan teknologi dunia kecantikan, masalah selulit kini boleh diatasi.
Menurut Karina Leng, eksekutif pemasaran dari Skin Culture, masalah selulit boleh diatasi dengan menggunakan rawatan Cavitation Treatment (CCT). Ia merupakan salah satu kaedah rawatan yang paling popular di Skin Culture. Rawatan ini tidak menyakitkan dan paling utama ia menjanjikan keberkesanan yang mampu membuatkan ramai wanita lebih berkeyakinan dengan bentuk badan mereka.
“Jangan keliru antara selulit dan stretch mark. Selulit biasanya berkedut manakala stretch mark pula tidak berkedut. Rawatan CCT sebenarnya membantu untuk mengatasi masalah selulit.
“Untuk mendapatkan kesan yang diinginkan, seelok-eloknya lakukan beberapa sesi rawatan seperti yang telah dicadangkan mengikut keadaan selulit yang dihadapi. Kebaikan lain rawatan ini ialah ia turut membantu menghilangkan kesan rekahan pada kulit (stretch mark) yang biasa dialami oleh wanita-wanita selepas bersalin.
“Dalam masa yang sama juga rawatan CCT memperbaiki metabolisme kulit, keanjalan kulit serta menjadikan kulit lebih lembut,” terang Karina. Rawatan yang menggunakan kaedah ultra sound ini berfungsi untuk memecahkan selulit dengan lebih berkesan. Getaran yang dihasilkan melalui mesin yang digunakan merangsang bahagian yang bermasalah bagi mempercepatkan lagi proses rawatan.
“Masalah selulit boleh berlaku disebabkan gaya hidup dan juga amalan pemakanan yang tidak sihat. Kurangkan makanan yang masin kerana garam yang berlebihan menjadi pemangkin terjadinya toksin dalam tubuh.
“Di samping rawatan ini, kami juga mencadangkan agar pelanggan kami melakukan senaman sederhana kerana ia jauh lebih berkesan berbanding senaman berat. Gabungan rawatan CCT, amalan pemakanan yang sihat serta senaman yang berkala menjanjikan kesan yang lebih maksimum,” jelas Karina lagi.

Sumber : http://www.mingguanwanita.com.my/wanita/cs/

Friday, September 14, 2012

COOKLINE

COOKLINE


Cookline Range dengan 4 saiz berbeza
SUPREME CERAMIC COATED NON-STICK COOKWARE
Mereka yang gemar memasak dan makan makanan yang lazat sentiasa mencari cara yang memudahkan kaedah memasak tanpa korbankan kualitinya. Kini, dengan COOKLINE SUPREME CERAMIC COATED NON-STICK COOKWARE, anda dapat memasak dengan seronok, senang dan selesa kerana ia memudahkan tugas memasak. Selain menyediakan serangkaian ciri-ciri hebat, kelengkapan memasak berkualiti tinggi ini diperbuat daripada bahan tidak toksik, tidak berkarat 4-lapisan yang tidak menjanakan PTFE dan PFOA atau logam berat, lantas menjadikannya pilihan kelengkapan memasak yang lebih menyihatkan. Rekaan bawah ‘Fire Wall’ disediakan pada kelengkapan memasak COOKLINE ini untuk pengkonduksian haba yang hebat, lantas menjimatkan tenaga dan gas. Tombol pada periuk sos dan pemegang pada kuali leper diperbuat daripada Bakelite yang tahan haba. Memasak menggunakan kelengkapan memasak COOKLINE menggalakkan kesihatan untuk anda dah seluruh keluarga kerana ia memerlukan penggunaan minyak yang sedikit sahaja untuk memasak. Apatah lagi, tugas mencuci selepas memasak sungguh menyenangkan dengan adanya lapisan tidak melekat. COOKLINE SUPREME CERAMIC COATED NON-STICK COOKWARE yang terdiri daripada 3 unit periuk berbeza saiz dan 1 unit kuali, boleh dibeli berasingan atau satu set lengkap.






Rekaan bawah ‘Fire Wall’ disediakan pada kelengkapan memasak COOKLINE ini untuk pengkonduksian haba yang hebat, lantas menjimatkan tenaga dan gas
Memasak BBQ ayam

Memasak nasi Briyani Ayam. Menjimatkkan masa dan lazat.

Membakar Kek tanpa Oven.

Memanggang pulut panggang. Tanpa minyak.

Mengoreng telur tanpa minyak dan tidak melekat.

Memasak tempe ikan bilis tanpa minyak

Membuat pop corn sendiri tanpa minyak.. Sedap dan rangup.