Kami memasarkan pelbagai Produk penjagaan diri, produk kesihatan, penjagaan rumah serta teknologi rumah yang terkini.Hubungi kami di alamat atau e mail - impiankreatif@ymail.com
Barang Kemas
Monday, October 29, 2012
Sunday, October 14, 2012
INFO KESHATAN- SELULIT
Masalah Selulit Tak Kira Saiz Tubuh
Sebut
sahaja selulit, pasti ramai yang mengaitkannya dengan mereka yang
bertubuh besar. Padahal, masalah kulit ini turut dialami oleh mereka
yang bertubuh kecil. Namun punca selulit mereka adalah kerana kekurangan
air, tidak bersenam, sembelit, stres, pencemaran, keletihan, pemakanan
yang tidak betul dan kandungan estrogen yang tinggi.
Oleh
itu untuk mengelakkan selulit, anda perlukan pembersihan sistem badan
dan bukannya menguruskan badan. Bahagian tubuh yang biasanya mengalami
masalah selulit adalah seperti di perut, punggung, paha dan belakang
betis.
Ia merupakan gumpalan lemak yang terdapat
di bawah kulit. Sel-sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit
dan menyebabkan tekstur kulit anda menjadi seperti menggerutu. Sekali
gus mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terdapat pada
bahagian punggung dan paha.
Berpunca Dari ToksinGejala
ini berlaku disebabkan oleh pengumpulan toksin yang memusnahkan
struktur kolagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga turut
membuatkan pengaliran darah menjadi tidak teratur.
Ia
boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bentuk fizikal mahu
pun jantina. Walau bagaimana pun ia lebih banyak dialami oleh kaum
wanita. Namun dengan perkembangan teknologi dunia kecantikan, masalah
selulit kini boleh diatasi.
Menurut Karina Leng,
eksekutif pemasaran dari Skin Culture, masalah selulit boleh diatasi
dengan menggunakan rawatan Cavitation Treatment (CCT). Ia merupakan
salah satu kaedah rawatan yang paling popular di Skin Culture. Rawatan
ini tidak menyakitkan dan paling utama ia menjanjikan keberkesanan yang
mampu membuatkan ramai wanita lebih berkeyakinan dengan bentuk badan
mereka.
“Jangan keliru antara selulit dan stretch
mark. Selulit biasanya berkedut manakala stretch mark pula tidak
berkedut. Rawatan CCT sebenarnya membantu untuk mengatasi masalah
selulit.
“Untuk mendapatkan kesan yang diinginkan,
seelok-eloknya lakukan beberapa sesi rawatan seperti yang telah
dicadangkan mengikut keadaan selulit yang dihadapi. Kebaikan lain
rawatan ini ialah ia turut membantu menghilangkan kesan rekahan pada
kulit (stretch mark) yang biasa dialami oleh wanita-wanita selepas
bersalin.
“Dalam masa yang sama juga rawatan CCT
memperbaiki metabolisme kulit, keanjalan kulit serta menjadikan kulit
lebih lembut,” terang Karina. Rawatan yang menggunakan kaedah ultra
sound ini berfungsi untuk memecahkan selulit dengan lebih berkesan.
Getaran yang dihasilkan melalui mesin yang digunakan merangsang bahagian
yang bermasalah bagi mempercepatkan lagi proses rawatan.
“Masalah
selulit boleh berlaku disebabkan gaya hidup dan juga amalan pemakanan
yang tidak sihat. Kurangkan makanan yang masin kerana garam yang
berlebihan menjadi pemangkin terjadinya toksin dalam tubuh.
“Di
samping rawatan ini, kami juga mencadangkan agar pelanggan kami
melakukan senaman sederhana kerana ia jauh lebih berkesan berbanding
senaman berat. Gabungan rawatan CCT, amalan pemakanan yang sihat serta
senaman yang berkala menjanjikan kesan yang lebih maksimum,” jelas
Karina lagi.
Sumber : http://www.mingguanwanita.com.my/wanita/cs/
Friday, September 14, 2012
COOKLINE
COOKLINE
|
||
Mereka yang gemar
memasak dan makan makanan yang lazat sentiasa mencari cara yang memudahkan
kaedah memasak tanpa korbankan kualitinya. Kini, dengan COOKLINE
SUPREME CERAMIC COATED NON-STICK COOKWARE, anda dapat memasak dengan seronok, senang dan selesa kerana
ia memudahkan tugas memasak. Selain menyediakan serangkaian ciri-ciri hebat,
kelengkapan memasak berkualiti tinggi ini diperbuat daripada bahan tidak toksik, tidak
berkarat 4-lapisan yang tidak
menjanakan PTFE dan PFOA atau logam berat, lantas menjadikannya pilihan
kelengkapan memasak yang lebih menyihatkan. Rekaan bawah ‘Fire Wall’ disediakan pada kelengkapan memasak COOKLINE ini untuk pengkonduksian haba yang hebat,
lantas menjimatkan tenaga dan gas. Tombol pada periuk sos dan pemegang pada
kuali leper diperbuat daripada Bakelite yang tahan
haba. Memasak
menggunakan kelengkapan memasak COOKLINE menggalakkan kesihatan untuk anda dah
seluruh keluarga kerana ia memerlukan penggunaan minyak yang sedikit sahaja
untuk memasak. Apatah lagi, tugas mencuci selepas memasak sungguh
menyenangkan dengan adanya lapisan tidak melekat. COOKLINE
SUPREME CERAMIC COATED NON-STICK COOKWARE yang terdiri daripada 3 unit periuk berbeza
saiz dan 1 unit kuali, boleh dibeli berasingan atau satu set lengkap.
|
Wednesday, July 11, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)