Barang Kemas

Sunday, October 14, 2012

INFO KESHATAN- SELULIT


Masalah Selulit Tak Kira Saiz Tubuh
Sebut sahaja selulit, pasti ramai yang mengaitkannya dengan mereka yang bertubuh besar. Padahal, masalah kulit ini turut dialami oleh mereka yang bertubuh kecil. Namun punca selulit mereka adalah kerana kekurangan air, tidak bersenam, sembelit, stres, pencemaran, keletihan, pemakanan yang tidak betul dan kandungan estrogen yang tinggi.
Oleh itu untuk mengelakkan selulit, anda perlukan pembersihan sistem badan dan bukannya menguruskan badan. Bahagian tubuh yang biasanya mengalami masalah selulit adalah seperti di perut, punggung, paha dan belakang betis.
Ia merupakan gumpalan lemak yang terdapat di bawah kulit. Sel-sel lemak ini akan menarik tisu-tisu di bawah kulit dan menyebabkan tekstur kulit anda menjadi seperti menggerutu. Sekali gus mengakibatkan garis-garis kulit pecah yang selalu terdapat pada bahagian punggung dan paha.
Berpunca Dari ToksinGejala ini berlaku disebabkan oleh pengumpulan toksin yang memusnahkan struktur kolagen dan elastin pada lapisan kulit dan juga turut membuatkan pengaliran darah menjadi tidak teratur.
Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bentuk fizikal mahu pun jantina. Walau bagaimana pun ia lebih banyak dialami oleh kaum wanita. Namun dengan perkembangan teknologi dunia kecantikan, masalah selulit kini boleh diatasi.
Menurut Karina Leng, eksekutif pemasaran dari Skin Culture, masalah selulit boleh diatasi dengan menggunakan rawatan Cavitation Treatment (CCT). Ia merupakan salah satu kaedah rawatan yang paling popular di Skin Culture. Rawatan ini tidak menyakitkan dan paling utama ia menjanjikan keberkesanan yang mampu membuatkan ramai wanita lebih berkeyakinan dengan bentuk badan mereka.
“Jangan keliru antara selulit dan stretch mark. Selulit biasanya berkedut manakala stretch mark pula tidak berkedut. Rawatan CCT sebenarnya membantu untuk mengatasi masalah selulit.
“Untuk mendapatkan kesan yang diinginkan, seelok-eloknya lakukan beberapa sesi rawatan seperti yang telah dicadangkan mengikut keadaan selulit yang dihadapi. Kebaikan lain rawatan ini ialah ia turut membantu menghilangkan kesan rekahan pada kulit (stretch mark) yang biasa dialami oleh wanita-wanita selepas bersalin.
“Dalam masa yang sama juga rawatan CCT memperbaiki metabolisme kulit, keanjalan kulit serta menjadikan kulit lebih lembut,” terang Karina. Rawatan yang menggunakan kaedah ultra sound ini berfungsi untuk memecahkan selulit dengan lebih berkesan. Getaran yang dihasilkan melalui mesin yang digunakan merangsang bahagian yang bermasalah bagi mempercepatkan lagi proses rawatan.
“Masalah selulit boleh berlaku disebabkan gaya hidup dan juga amalan pemakanan yang tidak sihat. Kurangkan makanan yang masin kerana garam yang berlebihan menjadi pemangkin terjadinya toksin dalam tubuh.
“Di samping rawatan ini, kami juga mencadangkan agar pelanggan kami melakukan senaman sederhana kerana ia jauh lebih berkesan berbanding senaman berat. Gabungan rawatan CCT, amalan pemakanan yang sihat serta senaman yang berkala menjanjikan kesan yang lebih maksimum,” jelas Karina lagi.

Sumber : http://www.mingguanwanita.com.my/wanita/cs/

No comments:

Post a Comment